Webinar Cybersecurity – Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026 telah berlangsung webinar Cybersecurity bertajuk “Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri” yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah siber yang menyasarkan penerima bantuan. Peserta didedahkan dengan pelbagai taktik penipuan seperti phishing, penyamaran identiti dan pencurian maklumat peribadi yang boleh menyebabkan kehilangan hak bantuan. Program ini turut berkongsi langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan, termasuk melindungi maklumat peribadi, tidak berkongsi OTP serta sentiasa menyemak kesahihan pautan atau mesej yang diterima.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: